Ketahui Bagaimana 70% Impian Tercapai Hanya Dengan Menulis Impian

4 min


“Jangan fikir HOW, fikir WHY, WHAT.”

Selalu dengar statement tu?

Ini statement orang yang selalu bermain dengan LOA dan seangkatan dengannya.

Saya tak kata salah sebab apa yang saya nak story tentang kisah orang yang suka tulis impian.

Dulu kini dan selamanya, saya adalah seseorang yang suka spend time sendiri.

Jarang lepak dengan orang. Term dia Introvert. That’s me.

Jadi dulu-dulu saya ni kalau berangan, saya suka tulis impian dalam buku yang sekarang nama official dia, saya namakan “Diari Kun FayaKuun”.

Kadang saya tak fikir banyak pun masa saya tulis. Saya anggap masa tu saya sedang berhajat kepada Tuhan dengan penulisan.

Asal tulis je jadi, asal tulis je jadi dengan izin Allah. Doanya memang begitu tapi ada je impian yang belum dapat.

Cepat, lambat tu Allah je tahu yang terbaik. Saya? Tetap tulis walaupun impian tu saya belum dapat selepas bertahun-tahun.

Makna kata di sini, saya konsisten menulis impian sampai sekarang sejak tahun 2009. Wah dah 10 tahun rupanya ada tabiat menulis impian.

Dikatakan orang yang menulis impian ni 42% lebih berpotensi capai berbanding orang yang tak tulis impian.

Kalau dia beritahu kawan dia tentang impian dia, percentage tu meningkat sehingga 78%.

(daripada segi Islam, mungkin sebab orang lain pun doakan dia)

 

Pada 10.2.2019, saya telah menulis impian saya di Diari Kun FayaKuun saya. (ni saya tengok balik diari tu)

Antaranya:

+ Pada 1.8.2019 …

+ Kerja permanent

+ Kerja di Google Malaysia

+ Gaji min RMx,xxx

+ Seronok bekerja dengan expertise

+ Career path semakin growing

+ Semakin genius, efisyen, efektif handle kempen marketing beyond expectation

Pada 19.3.2019 pula saya menulis another version…

+ Bekerja di top international digital marketing agency

+ Dapat kerja remote

+ Kerja 3-5 jam/hari. Isnin – Jumaat exclude weekend, public holiday

+ Ofis dekat dengan rumah. Tak perlu pindah rumah sewa

+ Bos best, team best

+ Dapat peluang unlimited income

+ Saya semakin pandai baca data, tahu apa perlu buat bila kos semakin mahal

Pada 4.5.2019 juga saya menulis another updated version…

+ Kerja permanent remote di digital agency

+ Gaji bermula RMx,xxx + peluang unlimited income

+ Ofis dekat dengan public transport, easy, quick accessible

+ Dapat team yang supportive, bos sporting, environment ofis cam Google

+ Mula kerja 1.8.2019

+ Dapat projek yang patuh syariah (tak perlu buat ads yang paparkan aurat dll) yang saya perform in every task, achieve more, achieve better

Dan…. anda mesti tertanya kan? Adakah saya dapat apa yang saya tulis ni?

Apa yang saya boleh katakan alhamdulillah saya dapat mostly apa yang saya tulis kat atas ni.

Walaupun tempatnya bukan di Google Malaysia, tapi saya nampak hikmah why Allah put me here.

Sesuai dengan diri saya, sesuai dengan kesihatan mental + fizikal saya.

 

Alhamdulillah, antara yang jadi kenyataan adalah:

1. Kerja remote di digital agency

2. Gaji min RMx,xxx dan peluang unlimited income ikut projek

3. Career path yang semakin growing. Saya dapat opportunity untuk jaga klien NGO

4. Dapat projek yang patuh syariah (tak perlu buat ads yang paparkan aurat dll) yang saya perform in every task, achieve more, achieve better.

Ni antara sebab kami tak ambil sebarangan klien. Hari tu ada gambar tak tutup aurat, saya edit biar tutup. Baru buat ads.

Since bos, teammate semua ada aliran pemikiran yang sama – jadi we decide edit tutup aurat.

Alhamdulillah performance 1st kempen niche NGO ni pun memang kejayaan pertama yang saya happy dengan performance dia.

1st klien jaga sepenuhnya
1st half milliion donation
1st NGO klien yang pernah handle

Hanya alhamdulillah 1,000x yang saya boleh ungkapkan.

5. Bos dan top management yang best. “So human” style. Mereka tegas tapi tolerance. Bila cuti, bagi cuti. Bila kerja, cam biasa lah.

Bos tak kesah kami ada projek income lain. Asalkan kerja deliver cam biasa.

6. Bekerja dengan expertise.

Setiap teammate saya ada expertise berbeza termasuk niche bisnes yang berbeza jadi saya boleh saling bertukar pengetahuan.

Pengetahuan luar bidang kerja pun ada.

Terutamanya kalau FB Ads ni, kerja jadi mudah bila semua expert FB Ads. Apa-apa bincang bersama, selesai bersama.

7. Tak perlu pindah. Ofis dekat dengan public transport. Lagipun kerja remote.

2 hari je masuk ofis dalam seminggu plus jika ada meeting dengan klien.

8. Mula kerja 1.8.2019 yang saya tulis tapi saya dapat lebih awal iaitu 1.7.2019.

Yang lain tu ada yang dapat dan biarlah rahsia 

 

Apa yang saya nak katakan, alhamdulillah saya dapat almost 70% yang saya nak macam yang saya tulis dalam Diari Kun FayaKuun saya.

Bulan 2 tulis, dapat bulan 7. Dalam 5 bulan jarak masa penulisan impian jadi kenyataan.

Its a blessing to work here. Semua alhamdulillah. Bak kata seorang network,

“You get most millennial’s dream job.”

“Yes, it is. Alhamdulillah.”

Kepada anda yang nakkan kehidupan yang lebih baik, maka …

1. Yakinlah suatu hari nanti pasti dapat (antara skrip yang saya suka guna — I dont know HOW but I get it)

2. Syukuri dulu apa kita dapat sekarang, nanti Allah akan bagi lebih daripada apa yang kita syukur

Kurangkan merungut. Follow the flow je apa adanya sekarang.

Suatu hari nanti Allah akan “reward” anda dengan sesuatu rezeki yang tak disangka bila anda tetap bersyukur, kurangkan merungut dengan apa adanya sekarang.

3. Berimpianlah sebab impian tu percuma. Kalau nak berimpian pun takut, apatah lagi nak capai

4. Jangan fikir HOW, fikir WHAT – jelaskan apa yang anda nak sebenarnya.

Sebab tu bila setiap kali saya tulis impian, saya tak pernah fikir HOW. Saya tulis je. Berangan macam budak kecil tulis buku.

5. Sabar. Jangan harap tulis impian hari ni, esok makbul. Pada saya penulisan impian mengajar kesabaran.

Sabar untuk terus konsisten bersangka baik dengan Tuhan, sabar untuk yakin pada impian yang kita tanam.

So yeahhh itu je nak story. Moga bermanfaat.

#LifeCrafter

 

P/S : Berimpianlah kerana impian itu percuma. Dapatkan Diari Kun Faya Kuun untuk penulisan impian anda DI SINI


What's Your Reaction?

cute cute
0
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
10
love
omg omg
0
omg
cry cry
0
cry

0 Comments

Your email address will not be published. Required fields are marked *

DOWNLOAD EBOOK "7 CARA BAHAGIA SAAT INI"
Isi maklumat di bawah dan kami akan beri link muatturun di emel anda!
MUATTURUN PERCUMA
Jangan risau. Boleh unsubscribe pada bila-bila masa. Lepas isi, check emel anda untuk link download
close-link