7 Cara Elak Bertangguh Yang Berkesan Buat Kerja Anda Siap

7 min


Cerita tentang bertangguh ni saya teringat ada satu moment tu. Pada suatu hari Jumaat, nak pulang ke rumah guna KTM dari ofis dalam pukul 12:03pm. Tengah hari kan mood nak makan. Jadi saya pergi beli makanan dulu. 

Kemudian terus order Grab untuk ke KTM A (ktm dekat dengan ofis). Bila saya dah sampai dalam 20 minit, di tempat menunggu tengok tiada orang sangat. Biasanya kalau macam tu maksudnya komuter baru sahaja berlepas.

Baru saya teringat nak tengok pukul berapa komuter datang. Buka apps Komuter, rupa-rupanya saya terlambat sedikit sahaja daripada waktu komuter berlepas iaitu pada pukul 12:24pm.

Masa tu saya baru sampai ke KTM A jam 12:37pm (lambat 13 minit sahaja). Komuter seterusnya berlepas jam 1:49pm. 

“Aduh, lambat sket je. Kalau tunggu ni sejam jugak. Makan masa.”

Plan asal harap sampai rumah dalam 1.15pm. Perjalanan dari KTM A ke KTM B (ktm yang dekat dengan rumah saya) ambil masa dalam 30 minit. Lepas sampai boleh rehat, makan, solat dan sambung kerja di rumah bermula 2pm. 

Tapi kalau 1:49pm baru KTM sampai, dalam 2.30pm baru sampai rumah. Rehat, makan, solat, mula kerja jam 3pm. Beza sejam tu. Jadi saya tengok Grab – RM34. 

Price is what you pay.
Value is what you get.

Itu adalah prinsip hidup saya. Saya tak kisah bayar mahal sebab saya tahu value yang saya dapat. Saya bayar RM34 tapi saya dapat jimat 1 jam saya.

Tanpa fikir panjang, saya terus order Grab. Alhamdulillah sampai dan ikut plan cuma drag sket. Plus minus dalam 2:15pm saya dapat mulakan kerja dari rumah (saya kerja remote, hanya beberapa kali seminggu).

Bila buat macam ini, baru nampak betapa pentingnya menghargai masa. Kan orang kata, “time is gold”. Inilah antara buktinya. Hanya sebab saya lambat 13 minit sahaja, dah buat saya terpaksa delay schedule saya sejam. Jadi bayangkanlah masa yang anda drag atau bertangguh selama ini? 

“How much does it cost?”

Apa yang saya akan kongsi sebentar lagi adalah antara perkara yang berkesan untuk saya elak bertangguh. Ia berdasarkan pengalaman peribadi. Anda boleh custom ikut mana yang anda rasa berkesan dan sesuai dengan diri anda.

 

1. Tulis “To Do List”

Ikatlah ilmu dengan pena. Ikatlah nikmat dengan syukur. Bila kita menulis, kita akan lebih ingat apa yang kita tulis. Jika kita kaji tentang impak penulisan, ia akan bantu kita untuk programkan minda bawah sedar kita. Malah, hebatnya impak penulisan ni, banyak impian telah jadi realiti. Antaranya apa yang saya share dalam ebook Keajaiban Diari Kun FayaKuun. 

Saya adalah penulis tegar dalam penulisan impian. Saya kongsi bagaimana dengan penulisan, impian boleh jadi kenyataan. 

Bila anda tulis To Do List, minda anda akan jelas dengan apa yang anda patut buat pada hari itu. Dalam sistem kerja saya, setiap pagi kami kena hantar daily report – apakah tugasan yang kami nak buat pada hari itu. Petang pula kena hantar report tentang apakah task yang dah siap. 

Perkara tu bantu saya untuk track apakah kerja yang perlu buat, dah siap dan sempat nak settlekan. Setiap kali kira rasa terganggu atau hilang arah tuju nak buat apa hari tu, saya akan rujuk semula apakah To Do List yang saya perlu selesaikan pada hari itu. Lepas dah siap saya akan mark Done. 

Saya tak pakai apps fancy pun, cukup pakai Notepad+++. Contohnya, 

//

+ Setup ads baru //done
+ Update report //done
+ Follow up dengan team untuk projek A //done. Tinggal ecover je belum siap lagi. Dijangka esok baru siap

//

Tak perlu jadi perfectionist kena pakai apps, kena subscribe versi premium untuk jadi lebih productive. Asalkan capai goal yang anda mahu iaitu bantu anda siapkan task hari itu. Cukup. Namun, jika ada kemampuan dan nak lebih terurus boleh je langgan apps yang anda rasa bantu tingkatkan produktiviti anda. Spend what matters.

 

2. Susun priority to do list

Bila tugasan anda terlalu banyak, susun ikut priority. Susun yang mana penting. Anda boleh gunakan Eisenhower Matrix untuk nilai yang mana penting dan tak penting. 

Seperti dalam gambar, kita ada 4 kotak. Daripada To Do List yang anda dah senaraikan tadi, masukkan ikut box. Secara personal, saya tak spesifik buat kotak macam ni. Saya buat secara visual sahaja.

Contoh dalam Notepad+++ tadi saya dah senaraikan 7 tugasan hari ini. Saya susun priority tu dalam minda (visualisation). 

“Okay, apa yang kena siapkan dulu?”

“No. 1 dengan 3 ni siap dulu.”

“No. 4,5,6 boleh mula tengah hari nanti.”

“No. 2,7 delegate pada team.”

Itulah saya punya monolog. Lepas tu baru saya mulakan kerja saya. Dengan cara ini, anda takkan terlepas pandang yang mana patut buat dulu dan buat kemudian.

Anda akan mulakan kerja anda dengan benda penting. Berbanding anda dah luangkan masa sampai petang, rupa-rupanya anda terlepas pandang task no.3 kena siapkan tengah hari tu. Ingat, “time is gold”.

 

3. Gunakan Pareto Law 80/20

Kebanyakan 80% impak yang berlaku di dunia ini datang daripada 20% punca. Anda boleh gunakan hukum ini untuk praktikkan dalam To Do List anda. 

Kita dah senaraikan banyak tugasan hari ini, tapi adakah tugasan yang kita dah senaraikan itu akan memberi 80% impak dalam kehidupan kita? Sama ada dalam kerjaya, bisnes, hubungan atau sebagainya.

Do what matters. Buat benda yang penting sahaja. Inilah hukum yang anda boleh guna untuk dapatkan hasil “buat sedikit, tapi dapat banyak”.

Contoh anda nak bangunkan channel Youtube anda, antara tasknya adalah survey dan upgrade kamera baru. Bajet dah ada. Tapi sayangnya, dalam masa 1 tahun tu, di sebalik gajet yang dibeli, video yang dapat anda buat hanya 1 video 1 bulan. 

Maksudnya di sini, yang lebih penting anda buat adalah buat lebih banyak video. Study lebih banyak tentang cara sampaikan content yang subscribers Youtube anda suka. Kaji bagaimana buat content yang orang suka nak tengok.

Dengan buat lebih banyak video > lebih banyak views > lebih tinggi income Youtube > lebih tinggi populariti > lebih mudah anda dikenali oleh influencer lain. 

Tugasan yang banyak tak semestinya penting. Sibuk tak bermaksud produktif.

Potong mana tugasan yang tak penting termasuk luangkan masa yang banyak di Facebook, Instagram yang kurang tingkatkan produktiviti anda. Ingat kisah KTM saya supaya anda sedar betapa pentingnya masa. Do what matters.

 

4. Pecahkan tugasan besar jadi tugasan kecil

Gary Vee ni adalah usahawan international yang saya suka follow. Kira lejen. Apa dia cakap semua memberi mindset baru dalam hidup saya. Di sebalik kita malas tu, kata Gary Vee sebab kita tak suka apa yang kita buat. 

Masa pertama kali saya baca quote tu, “ada benarnya juga.” Kalau kita suka mesti kita buat betul? Gary Vee macam betulkan mindset dan memberi perspektif baru tentang “malas” dalam diri saya.

Salah satu yang jadi penghalang untuk kita buat tugasan yang kita dah tulis adalah kerana tugasan tu terlalu besar. Dulu saya pernah baca buku Eat That Frog. Namun upon time, saya dapati ia tak sesuai untuk saya. 

Dia macam, “Kau dah la tengah malas. Tengah bertangguh. Lepas tu nak suruh buat benda besar. Benda besar ni selalunya benda susah. Bukan senang. Memang tak la. Few years later agaknya baru bergerak itupun belum confirm”.

Hasilnya saya custom dan reverse engineer sistem tu. Saya pecahkan tugasan besar tu jadi tugasan kecil untuk mulakan momentum rajin dan semangat nak teruskan sampai habis.

Kadang kita ni mula je susah tapi bila dah mula, eh eh susah pula nak berhenti huhu. So slice the cake instead of eat the whole cake.

 

5. Kurangkan “distraction”

Minda kita ni terlalu banyak noise. Nama pun otak, jadi memang kerja dia berfikir je. Akan jadi lebih mudah terganggu. Oleh sebab itu jadi tenang ni penting. Bila tenang, banyak benda boleh selesai dengan mudah dan cepat.

Nak buat keputusan pun mudah
Nak solat pun tenang je
Nak close deal dengan client mudah

Kita tak boleh hapuskan fikiran tapi kita boleh tenangkan dia. Kena buat fikiran kita rilex dan chill. Kurangkan gangguan atau hapuskan terus.

Saya lebih pilih kurangkan gangguan untuk kita yang baru mula nak belajar latih diri supaya kurangkan bertangguh. 

Apa yang saya buat adalah bila saya nak siapkan satu task, saya akan silentkan hp, buka tab di Chrome untuk kerja berkaitan task tu dan siapkan sampai habis. Anda boleh guna teknik Pomodoro. 

Disebabkan minda kita ni jenis banyak noise, anda kena disiplinkan noise tu dengan letak timer. Teknik Pomodoro ni berkesan untuk saya selalu refresh fokus saya setiap 25 minit dan 90 minit.

Jadi takdelah kita fokus je sampai penat. Pada waktu petang dah rasa loaded gila sebab fokus teruk. 

Guna teknik Pomodoro ni bantu saya siapkan task sedikit demi sedikit dengan tahap fokus yang rilex. Masa 5 minit break tu, ikut andalah nak buat apa.

Nak pergi tandas, nak reward diri buat kopi, nak scroll FB, IG. asalkan lepas 5 minit tu tamat, anda kena mulakan semula kerja anda, siapkan task lain atau sambung task yang belum siap tadi.

 

6. Berdamai dengan diri sendiri

Pernah tak rasa loser gila bila ada benda tak siap? Anda rasa anda teruk sebab tak dapat siapkan tugasan tu? Rasa macam nak push diri to the max tapi anda tak mampu. Tengok orang lain work hard gila, kerja sampai pagi, tak cukup tidur, capai apa dia nak. Sedangkan anda? Hmm…

Rilex. La tahzan. Jangan bersedih. Jim Kwik kata, “be kind to yourself”. Kita kena buat baik pada diri sendiri. Kata Adam Roa, “treat yourself like someone you love”. Layan diri kita ni macam kita layan seseorang yang kita cintai, kita sayangi. 

Kita boleh buat baik pada orang lain tapi kenapa dengan diri sendiri, kita layan teruk? Apa pun usaha orang lain, apa pun yang mereka dapat capai dengan cara mereka, biarkan.

Aku adalah aku
Dia adalah dia
Aku bukan dia
Dia bukan aku
– Che Happy

Tiap daripada kita unik. Tiada satu pun yang sama termasuk yang lahir kembar. Pasti ada bezanya. Yang kita nak ikut orang lain tu…

Sama ke perjalanan hidup kita dengan dia?
Sama ke background family kita dengan dia?
Sama ke tahap ilmu kita dengan dia?
Sama ke learning curve kita dengan dia?
Sama ke chapter kita dengan dia? Ke dia dah chapter 21, anda baru nak mula chapter 1?

Apa pun anda, you are you. Tak perlu ikut orang lain. Common la kalau ada rasa nak compare tapi to be honest, baik jangan. Nanti anda akan stress bila compare dengan orang lain. Setiap orang learning curve dia berbeza. 

 

Nak tahu siapa yang anda patut compare setiap hari? Orang yang anda nampak di cermin iaitu diri anda sendiri. Be the better of your everyday. That’s more than enough.

 

7. Dont think too much. Just do it

Akhir sekali, 6 tip yang saya kongsi di atas takkan berjaya buat anda keluar daripada isu bertangguh kalau anda tak buat. Jangan fikir banyak. Buat je. Dalam banyak pengalaman bertangguh saya, memang semuanya bermula sebab saya tak mulakan tugasan tu, itu yang jadi bertangguh.

Kalau saya bertindak, confirm la tak jadi bertangguh kan? Dia jadi produktif. Mungkin asbab saya kena share perkara ini, Allah buat saya ada pengalaman bertangguh dalam kehidupan saya.

Long to short, perkara penting yang saya belajar tentang bertangguh adalah – plan > filter > execute (dont think too much. Just do it). Jangan berharap anda buat. Buat je.

Jangan fikir anda buat, mulakan je. Mulakan tanpa tapi, tanpa nanti, tanpa henti sampai siap. Insya-Allah akan habis juga semua tugasan tu.

Benda di dunia ni wujud bermula di 2 tempat – 1 di minda, 2 secara realiti. Kereta, mesin, buku, monitor, tv, gajet, tupperware, besi. Macam mana nak wujudkan impian? Fikir di minda dan bertindak. Dont think too much. Just do it!

Lawati Start Before Ready shop untuk dapatkan panduan lengkap upgrade diri.


What's Your Reaction?

cute cute
0
cute
lol lol
0
lol
angry angry
0
angry
love love
10
love
omg omg
1
omg
cry cry
0
cry

0 Comments

Komen kata anda jika anda suka entri ni: